Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.....

" The Man Is Decided To Change On The 12th Hour Die On 11th Hour"

Wednesday, December 15, 2010

Happy time = Relax time = Holiday

Assalammualaikum...

Dah lama rasanya saya tak luangkan masa saya di sini. sememangnya saya tidak mempunyai kesempatan untuk meng'update' entry saya. maklumlah saya ni kan masih bergelar pelajar. jadi sebagi seorang pelajar ni tak akan terlepas dari pelbagai kerja. dengan assignment yang tak akan habis diberi oleh pensyarah, project itu dan ini. kadang-kadang tu sampai dh masuk study week pun ada juga pensyarah yang bagi kerja last minute. mahu tak berasap kepala ni. tapi tak apa la kan. pensyarah-pensyarah tu semua buat tu untuk kebaikan saya juga kan. tak salah rasanya. lagipun baru habis exam. rasanya result pun dah keluar agaknya. sebab saya ni memang tak suka bila part result exam dah kuar. rasa macam tak ambil tahu pun ada rasanya. saya dah suruh kawan saya check kan utuk saya. dia kata rseultnya dengan saya sikit lebih kurang je. apa yang sikit dan apa yang kurang saya pun berapa pasti la kan. tu ala katanya masa saya telefon kawan saya tu. cuma tak bestnya tang basic electrical engineering la kan. hampeh je. masa jwab exam rasanya boleh je buat.tup-tup result basic saya yang lagi teruk dari kawan saya tu. entah la..apa nak jadi, apa nak jadi.samapi sekarang tak serik lagi..apa nak jadi la dengan saya ni. ayah nak cakap jangan leka+memain.tapi saya ni degil+tak makan nasihat.saya manusia.memamg la tak makan nasihat sebab saya makan nasi je.hehehe..apa la..tapi tu la, ibu pun ada cakap jangan asyik leka je nanti keputusan tak elok jangan nak menyesal time tu tau.tu la pesan+nasihat orang tua ni kena dengar.kalau tak ni la padahnya. tak apa la sem 2 nanti "I'LL TRY MY BEST".."BE THE BEST BET THE BEST"....:)

Emm..dah melalut pulak saya ni. sebenarnya nak cerita tentang masa cuti ni. sekarang kita semua dah berada dalam bulan 12.maknanya kepada yang sememangnya seorang murid, pelajar sekolah atau pelajar universiti sedang berehat dan mengisi masa lapang dengan apa-apa sahaja aktiviti dengan keluarga mereka. tapi cuba kita renungkan balik. berapa ramai je pelajar yang memanfaatkan cuti mereka dengan sebaik mungkin. cuba kita perhatikan balik, setahu saya dan melalui pengalaman yang tak seberapa ni saya rasa ramai pelajar yang balas dendam mereka untuk tidur sepuas-puasnya. tanpa mereka sedari yang mereka telah menghabiskan masa mereka begitu sahaja. sebelum saya pulang ke rumah ada la saya join satu program ni masa kami semua duduk berdiskusi dan membuat satu usrah. ada salah seorang ahli dalam kumpulan tersebut yang memberi kat-kat nasihat dan teguran kepada kami semua. katanya: " cuba kita isi masa lapang kita dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah. sebagai contohnya, kita kan sekarang cuti semester, kalau kita berada di rumah tu cuba-cubalh dapatkan pahala dengan membantu dan meringankan kerja-kerja rumah. kan dapat pahala. lagi pula dia ada kata kalau dulu kita tak pernah tolong ibu bapa kita.apa salahnya kita buat perubahan yang boleh buat ibu bapa kita suka dan senang hati. so saya harap semua yang membaca dapat ambil iktibar dan berubah untuk kebaikan. jangan salah anggap dengan entry saya kali ini. saya cuma nak ingat diri saya dan hadirin sekalian sahaja. tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati.

Wassalam.....