Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.....

" The Man Is Decided To Change On The 12th Hour Die On 11th Hour"

Tuesday, August 23, 2011

Hingga Hujung Nyawa....

Hingga Hujung Nyawa




“Mama! Mama ! Mama !...berlari-lari Rania mendapatkan mamanya sambil memanggil-manggil mamanya yang berjalan menuju ke kereta.

“ Mama ! Stop la. Nia penat la chasing mama macam ni.” Nia jerit menyuruh mamanya berhenti kerana dia sudah kepenatan mengejar mamanya itu. Nabila berhenti berjalan dan memandang ke arah datangnya suara tersebut.
“ La Nia ke? Nia nak apa sayang? Kan mama nak pergi kedai sekejap nak beli barang dapur untuk Nek Ma. Tadi mama ajak tak nak ikut. Ni kenapa kejar mama macam kena kejar dengan orang gila je gayanya mama tengok.”
“ La penat je Nia kejar mama tapi mama tak kenal pun dengan suara Nia. Sampai hati mama ni tau. Tak nak kawan dengan mama lagi.” Nia memalingkan mukanya dan memasamkan muka menunjukkan bahawa dia sememangnya merajuk. ' hai nasib la ada anak manja macam Nia ni. Kena selalu pujuk sebab dia ni selalu merajuk'.

Nabila cuba memujuk Nia. “ Kalau Nia tak kawan dengan mama, siapa lagi yang nak kawan dengan mama nanti. Kesian dekat mama tau. Alone je.” Nabila dah tak tahu nak pujuk macam mana lagi anak kesayangannya itu.

“ Nia, tadi Nia suruh mama stop kejap nak apa sebenarnya? Nia nak ikut mama ke?”. “Eh! Tengok dah lupa dah Nia tadi. Di semua sebab mama tau. Papa Dauz datang la. Dia nak jumpa mama. Jom la ma. Kesian Papa Dauz tunggu kita lama kat sana.”
Nia yang tadi sememangnya merajuk dengan mamanya dengan segera berubah moodnya itu oleh kerana 'Papa Dauz'nya itu datang. Rania sememangnya rapat dengan Papa Dauznya itu sejak dia kecil lagi. Semua yang ingin dilakukan mesti akan didahulukan dengan papanya itu dan selepas itu baru la dia pergi ke mamanya.

Sebagai contohnya, masa mereka makan bersama ketika di luar, dia akan tanya papanya itu apa yang best dan apa yang sesuai untuk dia makan. Kadang-kadang sahaja dia akan menanyakan penadapat mamanya. Begitu juga dengan memilih baju, dia akan menanyakan pendapat pada papanya dan kemudian baru mamanya. Walaupun mamanya lebih arif tentang pakaian. Mungkin juga kerana Rania kekurangan kasih sayang seorang ayah yang menyebabkan dia terlalu manja dengan Dauz atau nama sebenarnya Aliff Firdauz Mat Amin.

“ Mama ni always daydreaming tau. Cepat la ma. Papa dah lama tunggu kita tu.” Nia menarik tangan mamanya sehinggakan Nabila terkial-kial untuk mengikut gerakan anaknya itu. “Nia, please stop hold my hand macam ni lepas tu tarik tangan mama macam apa je. Sian kat mama tangan mama sakit tau.”
“Opps! Sorry mama, nia tak sengaja la. Sorry again ma.” Nia buat muka seposen untuk meraih simpati mamanya dan menujukkan bahawa dia tak sengaja menarik mamanya tadi. “ Okey! Okey! Mama maafkan Nia. Dah jom nanti papa dauz tunggu lama pulak. Lagipun mama nak kena pergi beli barang lagi.” Dari situ, dia dah nampak susuk tubuh seseorang sedang bersandar di hadapan kereta BMW 5 series tu. Siapa lagi kalau bukan 'papa' si Nia ni. 'Hai, entah apa la yang dia nak sampai datang sini cari aku? Ye la tu dia cari kau entah-entah dia rindukan si Nia ni. Mungkin kut. Takkan la nak datng sini semata-mata cari aku. Mustahil,mustahil.' 'Ish berangan pulak aku ni.' Nia dah melepaskan tangannya dan berlari ke arah papanya itu.
“Papa Dauz! Papa Dauz!.....sorry tau lambat pulak. Mama ni yang lambat asyik daydreaming je.”

'Ish budak ni nak kena yea. Mengadu bagai kat papa dauz tu nape. Ish anak aku ni la tak makan saman la pulak' “Oh! Ada orang tu mengadu pasal mama ek? Tak pe, ye la dia dah ada papa dauz, mama ni campak kat laut je nampak gayanya.”

Nabila buat-buat merajuk dengan anaknya itu. “ Ala mama ni tak sporting la. Nia gurau sikit pun tak boleh, kan papa.” Nia memandang papanya untuk mendapatkan kepastian bahawa dia hanya bergurau dengan mamanya itu.

Dauz mengangguk sambil tersenyum memandang ke arah Nia. “ A'ha la Nia, mama kan sekarang ni kuat merajuk la. Kesian kat papa asyik nak kena pujuk mama je kan.” Dauz berkata sambil sekilas memandang ke arah Nabilah.

Nabilah masih diam seribu bahasa seperti tadi. Dauz mulai gelisah dengan keadaan tersebut dan dia seperti cacing kepanasan melihat Nabilah masih memasamkan mukanya itu.

“ Bilah, awak gurau je kan. Awak cuma main-mainkan saya kan. Takkan la awak serius kut dengan kata-kata Nia tadi.” Dauz terus-terusan memujuk apabila dia melihat Nabilah tidak memberikan respon dengan kata-katanya sebentar tadi. Nabilah masih mahu menguji tahap kesabaran Dauz dengan mendiamkan dirinya tanpa memberikan sebarang respon. Namun dalam hatinya, dia sudah ketawa jahat kerana dapat mengenakan Dauz. ' Tu la nak main-mainka aku lagi. Sekarang kita tengok sapa yang fed-up dulu yea cik abang Dauz. Hahahaha..

Satu minit , dua minit, 3 minit...masih sunyi tanpa sebarang percakapan dan perbualan sama ada dari Nabilah mahu pun dari Dauz. Nia sudah menghilangkan diri ke dalam rumah Nek Ma. Tiba-tiba salah seorang dari mereka mengalah dan memulakan perbualan.

“ Em...em..First of all, sorry pasal tadi. I didn't meant it. Just for a joke. And then you take it seriously. So what can I do.” Dauz melepaskan keluhan perlahan namun dapat didengari oleh Nabilah. Nabilah mula serba salah kerana dia pun hanya ingin bergurau sahaja. Nabilah membetulkan saluran suara agar mudah mengeluarkan bicara. Ada ke?

“ Actually, saya pun bergurau je tadi. So kira fair and square la kan. Dua-dua terkena sesama sendiri. Takkan awak tak kenal saya lagi. Macam baru sehari dua kenal tapi dah berlama awak kenal saya. Takkan tak dapat agar lagi yang saya hanya bergurau.” Nabilah kalau dah mula membebel susah nak stop macam mak nenek je. Mak Mah pun tak macam tu.

“ Ah! Ni asal awak tersengih pulak ni. Macam kerang busuk je. Awak ingat comel ke buat muka macam budak tak cukup umur tu. Mengalahkan Nia la pulak muka awak ni macam masa Nia nak pujuk saya suruh belikan dia set barbie doll tu tau. Dah la tak payah buat muka macam tempoyak basi.” Dauz masih tersenyum dan hanya mengiakan semua percakapan yang diluah oleh Nabilah itu.

“ Baiklah Pn. Nabila, saya yang salah ini menjujung perintah. Maafkan lah patik wahai permaisuriku yang cantik bestari. Bilah takkan lah nak bersembang kat sini sampai malam karang kut. Ketar lutut saya ni berdiri lama-lama kat luar ni. Buat air untuk saya ke, kasi makan kuih ke kan ke best namanya. Lagipun saya ni kan tetamu istimewa awak sekeluarga kan.” Dauz mengedipkan matanya.

“ Yela tu, tetamu istimewa konon. Okey, jom la masuk dekat dalam kalau awak tak malu. Hehehe. And tolong panggilkan Nia sekali masuk dalam yea. Thank you Inche Firdaus.” Nia terus menuju ke dalam rumah Mak Mah untuk menghidangkan hidangan petang buat 'tetamu undangan' tadi.

Lalu , Dauz memangil Nia untuk masuk ke dalam rumah Mak Mah itu. Mereka berdua berjalan beriringan sewaktu masuk ke dalam rumah. Jika sesiapa yang tidak tahu pasti akan mengatakan bahawa mereka adalah seperti bapa dan anak. Semua yang mengenali sudah pun tahu tentang keakraban mereka berdua. Mereka duduk di ruang tamu sambil berbual. Dauz suka menlayan kerenah Nia. Dia sudah menganggap Nia seperti anaknya sendiri.

“ Papaaaaaaaaa...” Nia meleretkan suaranya.

“ Ye sayang, nak apa? Manja je bunyinya. Ni mesti nak something dari Papa Dauz ni. Kan? Kan? Am I right, dear?” Dauz serkap jarang dengan Nia.

“ Yup. You're right Papa. Tapi Papa kena promise dulu yang Papa akan tunaikan. And don't say 'no', boleh?” Nia menyuruh papanya membuat pinky promise supaya tidak memungkiri janji mereka.

“ Okey, okey, I'm promise. Tapi apa yang Nia nak suruh papa buat ni?” Dauz masih blur dengan permintaan si kecil Nia itu.

“ Can you stay here with me and mama till tomorrow. I miss you very much la papa. Can you?” Nia memberikan cadangan yang sangat susah untuk dia lalukan walaupun dia dipanggil papa oleh Nia tapi itu hanyalah panggilan sahaja. Agak tidak manis untuk dia menginap di sini malam ini walaupun dengan kehadiran Mak Mah dan pembantu rumah. Dia hanya mampu tersengih melihat muka si kecil yang seakan teruja menunggu pembalasan dari papanya.

“Ek..nape diam je ni. Selalunya pantang berjumpa dengan Papa dia terus bercakap tak henti-henti macam murai tercabut ekor.” Bilah memandang mereka silir-berganti untuk mendapatkan jawapan.

“ Dauz? Nia? What's wrong with both of you? What's going on here? Tell me?” Bilah dah mula hangin dengan perangai budak berdua tu kerana diam membisu tanpa kata.

Tanpa mukadimah Nia terus tembak mamanya dengan soalan yang sama ditujukan kepada papanya tadi.

“ Nia ajak papa tidur sini malam ni. Ye la kan besok first time Nia puasa, so bolehlah Nia bersahur dengan papa and mama sekali. Why not kan ma?” Nia bercakap tanpa ada rasa bersalah walaupun muka mamanya pada masa itu merah menahan marah.

“ Nia, kan mama dah pesan papa dauz tak boleh duduk sekali dengan kita tau. Berdosa. Berapa kali mama nak pesan dekat Nia ni. Nia ni memang degil tahu tak? Dah la mama malas nak cakap dengan Nia lagi kalau macam ni la Nia punya behaviour.” Nabila terus berjalan menuju ke arah tangga untuk ke tingkat atas.

Dauz tidak sampai hati melihat Nia sedih kerana apa yang di rasakan oleh Nia turut dirasainya. Dia sudah melihat dan berada di samping Nia sejak kecil lagi. Dia sudah pun menganggap Nia seperti anaknya sendiri. Walaupun begitu, dia juga tidak sampai hati ingin menerima undangan tersebut kerana sudah tentu Nabilah tidak akan menyetujuinya. Perkara ini bukan hanya hari sahaja berlaku malahan sepanjang mereka rapat Nia seringkali mengajaknya untuk tinggal bersama. Dia tahu Nia masih tidak faham tentang semua ini kerana dia masih kanak-kanak.

Dauz menarik Nia ke dalam pelukannya agar si kecil itu dapat berhenti menangis dan dia terusan memujuk Nia yang berada di pelukannya.

' Nia, kalau ikutkan hati papa, papa sememangnya ingin tinggal di sini namun demi menjaga perasaan mamamu itu, papa turutkan jua walaupun ianya menguris perasaanmu sayang.'



P/s: nantikan sambungan cerita HHN ini. maybe cerpen ni panjang sikit la. hope ada yang comment

alkisah.... :)

Salam...sekarang dah 23 hari kita semua(pada yang muslim la) menunaikan ibadah puasa kan..harapnya semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sebaiknya..malam tadi saya baca novel hlovate yang terbaru iaitu contengan jalanan. tapi baru separuh la. saya tersentap baca novel tu. sebabnya, semuanya macam kisah diri sendiri. saya sangat suka cara hlovate menyampaikan nasihat dan cerita dia semuanya membuatkan pembaca seperti saya ni insaf dan terfikir tentang sesuatu dalam diri kita ini. lepas tu, saya ni memang suka skip baca terus ending la. sebab nak sangat tahu apa kesudahannya. tup-tup chad meninggal dunia masa 1 syawal pulak tu. sedihnya. saya ni memang susah sikit nak nangis. tapi bila saya baca tentang chad ni meleleh-leleh air mata saya..tapi yang paling terkesan sekali adalah ayat ni...


"The man decided to change at the 12th hour die at the 11th hour"
cuba korang pikir sejenak apa yang korang paham  dengan ayat tersebut. mesti korang rasa ada sesuatu yang tak dapat dihajatikan..tapi sebernarnya, maksudnya suruh kita berubah ke arah kebaikan(beramal) kat atas dunia ni sebelum kita mati la..apa pun korang try la search kat goggle kalau nak tahu the whole story k...






cerita tentang novel ni..saya nak post satu novel yang saya buat masa cuti ni. harap korang enjoy baca ok..pape pun comment la..sebab your comment will increase my skill in future..lagipun i'm not a good writer nor a good storyteller. i'm just write what in my mind...tapi tajuk tahu la nak buat apa..sementara ni saya just guna "Qalesya Furqan"





sinopsis:

setiap orang mempunyai warna-warna kehidupannya yang tersendiri. Begitu juga dengan gadis comel yang peramah , manis namun kadangkala angin monsun datang tanpa diundang menyebabkan orang yang berada disekelilingnya turut terkena tempias dengan angin melanda dirinya. Namun, dalam kisah ini ingin menceritakan tentang perjalanan kehidupan yang di lalui oleh Nur Aleeya Qalesya binti Muhammad Azam.

“Abah, macam mana kita nak pastikan bahawa jalan yang kita lalui itu akan menjadi indah seperti di taman yang penuh dengan bunga-bungaan tanpa kita terkena durinya?”

“Abah, boleh ke kita menjadi seperti burung yang terbang bebas tanpa ada sebarang tekanan dan masalah?” - Qalesya

Along, hidup ini pasti ada dugaan dan cabaran yang kita perlu hadapi. Kita boleh dapati kehidupan yang indah itu kerana kita jugalah yang melakar kehidupan kita. Seperti yang abah selalu kata bahawa kita adalah arkitek dalam kehidupan kita. Jangan mudah putus asa, berusahalah untuk mencari cinta yang hakiki - abah


Bagi Qalesya untuk menjadi seorang kakak sulung amat berat tanggungjawabnya tetapi tidaklah seberat mencari keredhaan Ilahi. Bagi dirinya sudah cukup segala yang diberikan oleh abah dan mama namun apabila bertemu dengan seseorang yang lebih tinggi ilmu agamanya membuatkan dirinya sangat kerdil.


Nor Atiqah Razak atau lebih dikenali sebagai tiqa yang banyak membantu Qalesya ketika dia menagis meratapi dengan kehidupan yang dilaluinya selama ini. Atiqahlah banyak memberi kesedaran dan nasihat kepadanya.


Dalam mencari ketenangan dan keredhaan Ilahi, tanpa disengajakan dia bertemu dengan seseorang barangkali adalah jodoh dari Ilahi? Amirul Furqan Bin Ghazi. Nama yang sangat sinonim dalam kalangan pelajar dan juga wanita yang dikenalinya. Seorang yang pendiam, tidak suka berbicara dengan berlainan jantina tanpa ditemani oleh teman yang lain, bijak berkata-kata dan pensyarah-pensyarah sangat suka kepadanya.Amirul juga seorang abang yang bertanggungjawab dan sangat menjaga adik-adiknya.

Qalesya sangka panas hingga ke petang akhirnya hujan di tengah jalan. Lelaki yang dahulunya dia minati dalam diam muncul semula setelah lama berpisah. Apakah yang akan berlaku pada Qalesya dan lelaki tersebut? Adakah Qalesya masih meminati lelaki tersebut walaupun sudah lama tidak ketemu?

Apakah Qalesya dapat mencari keredhaan dari Ilahi? Atau dia hanya berusaha separuh jalan? Atau mungkin 'seseorang' itu yang akan membimbingnya ke jalan-Nya? Apakah kesudahan cerita antara Qalesya dan pemuda tersebut?