Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.....

" The Man Is Decided To Change On The 12th Hour Die On 11th Hour"

Tuesday, August 23, 2011

alkisah.... :)

Salam...sekarang dah 23 hari kita semua(pada yang muslim la) menunaikan ibadah puasa kan..harapnya semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sebaiknya..malam tadi saya baca novel hlovate yang terbaru iaitu contengan jalanan. tapi baru separuh la. saya tersentap baca novel tu. sebabnya, semuanya macam kisah diri sendiri. saya sangat suka cara hlovate menyampaikan nasihat dan cerita dia semuanya membuatkan pembaca seperti saya ni insaf dan terfikir tentang sesuatu dalam diri kita ini. lepas tu, saya ni memang suka skip baca terus ending la. sebab nak sangat tahu apa kesudahannya. tup-tup chad meninggal dunia masa 1 syawal pulak tu. sedihnya. saya ni memang susah sikit nak nangis. tapi bila saya baca tentang chad ni meleleh-leleh air mata saya..tapi yang paling terkesan sekali adalah ayat ni...


"The man decided to change at the 12th hour die at the 11th hour"
cuba korang pikir sejenak apa yang korang paham  dengan ayat tersebut. mesti korang rasa ada sesuatu yang tak dapat dihajatikan..tapi sebernarnya, maksudnya suruh kita berubah ke arah kebaikan(beramal) kat atas dunia ni sebelum kita mati la..apa pun korang try la search kat goggle kalau nak tahu the whole story k...






cerita tentang novel ni..saya nak post satu novel yang saya buat masa cuti ni. harap korang enjoy baca ok..pape pun comment la..sebab your comment will increase my skill in future..lagipun i'm not a good writer nor a good storyteller. i'm just write what in my mind...tapi tajuk tahu la nak buat apa..sementara ni saya just guna "Qalesya Furqan"





sinopsis:

setiap orang mempunyai warna-warna kehidupannya yang tersendiri. Begitu juga dengan gadis comel yang peramah , manis namun kadangkala angin monsun datang tanpa diundang menyebabkan orang yang berada disekelilingnya turut terkena tempias dengan angin melanda dirinya. Namun, dalam kisah ini ingin menceritakan tentang perjalanan kehidupan yang di lalui oleh Nur Aleeya Qalesya binti Muhammad Azam.

“Abah, macam mana kita nak pastikan bahawa jalan yang kita lalui itu akan menjadi indah seperti di taman yang penuh dengan bunga-bungaan tanpa kita terkena durinya?”

“Abah, boleh ke kita menjadi seperti burung yang terbang bebas tanpa ada sebarang tekanan dan masalah?” - Qalesya

Along, hidup ini pasti ada dugaan dan cabaran yang kita perlu hadapi. Kita boleh dapati kehidupan yang indah itu kerana kita jugalah yang melakar kehidupan kita. Seperti yang abah selalu kata bahawa kita adalah arkitek dalam kehidupan kita. Jangan mudah putus asa, berusahalah untuk mencari cinta yang hakiki - abah


Bagi Qalesya untuk menjadi seorang kakak sulung amat berat tanggungjawabnya tetapi tidaklah seberat mencari keredhaan Ilahi. Bagi dirinya sudah cukup segala yang diberikan oleh abah dan mama namun apabila bertemu dengan seseorang yang lebih tinggi ilmu agamanya membuatkan dirinya sangat kerdil.


Nor Atiqah Razak atau lebih dikenali sebagai tiqa yang banyak membantu Qalesya ketika dia menagis meratapi dengan kehidupan yang dilaluinya selama ini. Atiqahlah banyak memberi kesedaran dan nasihat kepadanya.


Dalam mencari ketenangan dan keredhaan Ilahi, tanpa disengajakan dia bertemu dengan seseorang barangkali adalah jodoh dari Ilahi? Amirul Furqan Bin Ghazi. Nama yang sangat sinonim dalam kalangan pelajar dan juga wanita yang dikenalinya. Seorang yang pendiam, tidak suka berbicara dengan berlainan jantina tanpa ditemani oleh teman yang lain, bijak berkata-kata dan pensyarah-pensyarah sangat suka kepadanya.Amirul juga seorang abang yang bertanggungjawab dan sangat menjaga adik-adiknya.

Qalesya sangka panas hingga ke petang akhirnya hujan di tengah jalan. Lelaki yang dahulunya dia minati dalam diam muncul semula setelah lama berpisah. Apakah yang akan berlaku pada Qalesya dan lelaki tersebut? Adakah Qalesya masih meminati lelaki tersebut walaupun sudah lama tidak ketemu?

Apakah Qalesya dapat mencari keredhaan dari Ilahi? Atau dia hanya berusaha separuh jalan? Atau mungkin 'seseorang' itu yang akan membimbingnya ke jalan-Nya? Apakah kesudahan cerita antara Qalesya dan pemuda tersebut?

 

No comments:

Post a Comment